Halal Development Corporation Berhad "Kustodian Ekonomi Halal Malaysia" YB Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri. Maklumat Lanjut Halal Development Corporation Berhad 'Rakan Niaga Halal Anda Yang Dipercayai' Pangkalan data bagi produk dan perkhidmatan halal membolehkan para pemain industri untuk berhubung dengan pemain halal global, serta memberikan kelebihan daya saing kepada perniagaan anda untuk memanfaatkan industri yang semakin berkembang. Platform Bersepadu Halal Baca Selanjutnya Latihan Halal Permintaan yang semakin meningkat dalam industri halal telah mewujudkan keperluan pembangunan modal insan. Latihan kami yang mempromosikan kecekapan boleh diterapkan dengan berkesan, meningkatkan lagi kedudukan anda dalam industri halal untuk pertumbuhan yang mampan dan pembangunan berterusan.
Baca Selanjutnya
Perundingan Halal Kemahiran dan pengalaman pakar perunding kami yang berdedikasi membolehkan kami menyediakan perkhidmatan untuk memahami selok belok industri Halal, di peringkat tempatan dan global, bagi mencapai usaha niaga yang berjaya dalam pasaran Halal. Baca Selanjutnya Hab Halal Dunia Terbesar Hab halal Malaysia meliputi kawasan seluas 200,000 ekar di 14 taman halal strategik yang berstatus Halal Malaysia (HALMAS) membuka peluang para pelabur dan pemain industri mendapat manfaat daripada pertumbuhan pasaran baru di rantau ASIA. Hab ini menawarkan infrastruktur bertaraf dunia, tenaga kerja yang berkemahiran, kemudahan untuk menjalankan perniagaan, akses mendapatkan ramuan halal serta insentif yang menarik dari pihak kerajaan yang sentiasa menggalakkan pelaburan memenuhi keperluan anda sebagai hab perkembangan serantau. Hab halal terbesar dunia ini menempatkan syarikat multinasional antaranya Coca-Cola, Cargill dan Kellogg’s. Baca Selanjutnya Majlis Pembangunan Perindustrian Halal Malaysia Sebagai Sekretariat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia, HDC bekerjasama dengan pelbagai kementerian berkaitan halal untuk memastikan pertumbuhan industri halal menyumbang secara signifikan ke arah pembangunan sosioekonomi dan selaras dengan aspirasi kerajaan. Baca Selanjutnya
“Rakan Niaga Halal Anda Yang Dipercayai”

Halal Development Corporation (HDC) menyediakan perkhidmatan yang bersepadu, membolehkan kami untuk memudahcarakan perniagaan anda bagi memangkinkan pertumbuhan potensi pasaran halal anda.  Kami membantu memperkukuhkan lagi perniagaan anda, membuka lebih banyak peluang serta sumber yang belum diterokai dalam salah satu segmen pengguna yang kini sedang berkembang pesat di dunia.


Bekerjasamalah dengan kami untuk memajukan perniagaan anda dalam salah satu segmen yang terpantas berkembang dalam Ekonomi Dunia Baharu.