HAB HALAL DUNIA TERBESAR

Kedudukan geografi Malaysia yang strategik telah menjadikannya destinasi ideal bagi pelaburan halal.  Hab halal Malaysia melitupi kawasan seluas 200,000 ekar di 14 taman halal strategik yang telah menerima status Halal Malaysia (HALMAS) dari Halal Development Corporation bagi membuka peluang para pelabur dan pemain industri mendapat manfaat daripada pertumbuhan pasaran baru di rantau ASIA.

Hab halal Malaysia menawarkan infrastruktur bertaraf dunia, tenaga kerja yang berkemahiran, kemudahan untuk menjalankan perniagaan, akses mendapatkan ramuan halal serta insentif yang menarik dari pihak kerajaan yang sentiasa menggalakkan pelaburan memenuhi keperluan anda sebagai hab perkembangan serantau.

HALMAS merupakan akreditasi yang ditawarkan kepada operator Taman Halal yang berjaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan di bawah pembangunan Taman Halal HDC. Status HALMAS ini membolehkan pemain industri dan para pelabur menikmati insentif-insentif yang ditawarkan oleh HDC.

Didorong oleh permintaan industri halal global, Malaysia kini giat mempromosikan pelaburan dalam sektor makanan dan minuman. Di samping itu, pelbagai peluang-peluang pelaburan lain juga diwujudkan seperti kosmetik dan penjagaan diri, makanan tambahan/ supplement, ubat-ubatan, perkhidmatan logistik, serta peranti dan implan perubatan.

Taman Halal ini memberikan peluang perniagaan kepada lebih 40 syarikat multinasional dan 200 syarikat perusahaan bersaiz kecil dan sederhana seperti  :-

  • Kellogg Asia Products Sdn Bhd
  • PureCircle Sdn Bhd
  • Cargill Palm Products Sdn Bhd
  • F&N Dairies Manufacturing Sdn Bhd 
  • Coca-Cola Bottlers (M) Sdn Bhd

Perkhidmatan yang kami sediakan:

  • Kemudahan Perdagangan
  • Kemudahan Pelaburan
  • Insentif HALMAS
  • Pembangunan Taman Halal