Pengerusi

Dato' Mahmud Abbas

Dato’ Mahmud Abbas telah dilantik sebagai Pengerusi HDC pada 30 Julai 2019.

Beliau mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman korporat, terutamanya dalam industri hartanah. Sebelum dilantik sebagai Pengerusi HDC, beliau ialah Ketua Eksekutif Knowledge Economic City (KEC) sebuah syarikat pembangunan harta senarai awam di Madinah, Arab Saudi.

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) selama 7 tahun, sebelum dilantik ke KEC. Di Central Spectrum, beliau bertanggungjawab ke atas Pembangunan Pulau Indah, Selangor.

Landskap Pulau Indah telah diubah oleh beliau dengan memperkenalkan pembangunan Taman Perindustrian khusus. Taman perindustrian yang berpagar dan berpengawal pertama di Malaysia, Taman Perindustrian Pulau Indah (PIIP) telah menarik pelbagai syarikat multinasional seperti IKEA dan lain-lain.

Beliau juga telah membangunkan Hab Halal Selangor dan memulakan pembangunan Bio Bay Selangor. Dan salah sebuah anak syarikat Central Spektrum yang ditubuhkan oleh Dato’ Mahmud ialah Halal International Selangor.

Dato’ Mahmud telah dianugerahkan Ketua Eksekutif Tahun 2017 oleh Anugerah Perniagaan Kecemerlangan Selangor, atas sumbangan beliau dalam memajukan Central Spectrum. Pada tahun 2015, Dato’ Mahmud diiktiraf oleh OIC World Today dan dianugerahkan Jewel of the World Muslim Award atas sumbangannya kepada Industri Halal dan pertumbuhan ekonomi Ummah.

Dato’ Mahmud menjadi Sloan Fellow di London Business School selepas menamatkan Program Sloan Fellowship selama 1 tahun pada tahun 1992.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains, jurusan Bangunan dari Brighton University pada tahun 1982.