Pengarah

Datin Rosni Binti Mohd Yusoff

Dilantik ke Lembaga HDC pada 22 Oktober 2019, Datin Rosni memulakan kerjayanya dengan Kementerian Kewangan pada tahun 1996 dan kini merupakan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

Beliau menerima Bintang Cemerlang Kedah pada tahun 2014 dan dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2013, 2006 dan 2003. Beliau juga telah dianugerahkan pingat Ahli Mahkota Melaka pada tahun 2011.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan dari Universiti Terbuka Malaysia, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara.