Ringkasan Keseluruhan

PEMBANGUNAN INDUSTRI

Di bawah pembangunan industri; kami menasihatkan kerajaan yang terlibat dalam menentukan arah industri strategik, penyelaras perlaksanaan pelan tindakan, penghasilan perisikan industri, kemudahan pembangunan industri dan promosi jenama “Halal Malaysia” untuk mencapai ekosistem industri yang efektif berdasarkan bidang yang diberikan tumpuan seperti berikut;

BIDANG TUMPUAN

1.

Meningkatkan Mekanisma Kawalan.

Ekosistem Halal Malaysia adalah sangat besar. Terdapat lebih dari 300 institusi (cth; kementerian, agensi, persatuan dsb) yang terlibat secara aktif dan melaksanakan program, aktiviti dsb untuk pemain dalam industri Halal.

Kami memainkan peranan yang penting dalam mengkoordinasikan usaha-usaha ini; dan dalam menyediakan arah dan sokongan yang sesuai untuk memastikan sistem penyampaian, penyelesaian industri, sumber, program dan aktiviti-aktiviti yang telah diuruskan dan dilaksanakan dengan berkesannya.

Inisiatif Utama:-

1. Sekreteriat MPIH
2. HIMP 2030
3. Halmas Halal Parks
4. Integriti Halal

 

2.

Mencipta Ruang Pasaran Yang Baharu Dan Lebih Besar.

Saiz pasaran Halal dunia sedang membesar dan dijangka akan mencapai USD 3.0 trilion menjelang 2023. Ini telah membuka peluang baharu kepada ramai pihak yang berkepentingan di peringkat global.

Salah satu daripada tugas kami yang penting ialah mengetuai kajian dalam mengenalpasti dan menilai barangan dan perkhidmatan Halal dan potensi mereka dalam pasaran yang pelbagai dan saluran pengedaran. Kami kemudian akan bekerja sama dengan kementerian dan agensi yang menerajui (cth. MATRADE, MIDA dsb) untuk menjalin hubungan atau kerjasama strategik yang boleh membuka peluang pelaburan dan perdagangan yang baharu.

Memanfaatkan pengalaman Malaysia dalam membangunkan industri Halal; kami juga telah menetapkan untuk mengetuai mempromosikan jenama “Halal Malaysia” demi meningkatkan kesedaran, penerimaan dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan secara global.

Inisiatif Utama:-

1. Market and product Intelligent
2. Kerjasama G2G
3. Jenama “Halal Malaysia

 

3.

Memupuk Daya Saing Industri.

Daripada kira-kira 8,924 syarikat yang mempunyai pensijilan Halal; hanya 21% (atau 1,876 syarikat) yang mengeksport atau terlibat dalam rantaian nilai bekalan secara global. Untuk memenuhi permintaan global bagi produk dan perkhidmatan Halal, adalah mustahak bagi Malaysia untuk fokus terhadap perusahaan yang kompetitif, produktif dan inovatif dalam mempromosikan sektor Halal.

Kami menyokong objektif ini dengan bekerjasama secara erat dengan pihak kerajaan (cth. Kementerian, Agensi dll) dan sektor swasta (cth; MNC, LLC dll) untuk membangunkan “Juara Halal Tempatan” (cth. pemberian geran) diberikan kepada syarikat milik rakyat Malaysia yang berprestasi tinggi untuk menghubungkan mereka ke rantaian bekalan global (cth; pengantarabangsaaan)

Di bawah program I-Connect (di bawah MOSTI), HDC juga ditugaskan sebagai badan bebas (“Neutral-Entity”) untuk menyelaras kajian yang berkaitan dengan permintaan industri untuk mengenalpasti jurang; disamping itu menjadi penyelesai bagi pemimpin industri dalam kedua-dua peringkat rangkaian  bekalan iaitu di peringkat domestik dan global

Inisiatif Utama:-

1. LLC/MNC- Perkongsian PKS
2. Juara Halal di rumah
3. I-CONNECT Neutral-entry

4.

Memperkasakan Pemikiran Kepimpinan.

Dengan pengalaman lebih daripada 40 tahun dalam industri Halal, Malaysia telah mendahului pembangunan Halal dan menjadi pusat rujukan lebih daripada 150 buah negara. Kepimpinan pemikiran dalam Halal telah memberi peluang kepada pekerja, eksekutif, profesional (pakar subjek) dan institusi pengetahuan dalam industri Halal kita untuk memberikan perkhidmatan mereka di peringkat global.

Kami menyokong industri ini dengan menggabung, menganalisa dan menyebarkan pengetahuan nilai tambah mengenai Halal melalui pelbagai saluran kepada individu, sayarikat, persatuan, agensi atau kerajaan.

Tambahan pula, sebagai Badan Utama Industri (ILB) dalam pembangunan bakat Halal, HDC telah ditugaskan untuk memastikan mekanisma yang tepat untuk membantu bakat dalam pertumbuhan kerjaya.

Inisiatif Utama:-

1. Badan Utama Industri (ILB)
2. Pusat Pengetahuan Halal (HKC) 2.0
3. Pangkalan Data Halal