Timbalan Pengerusi

Dato' Hj Abdul Malik Bin
Abul Kassim

Dato ‘Hj Abdul Malik telah dilantik menganggotai Lembaga Pengarah HDC pada 22 Oktober 2019.

Lulusan jurusan Pentadbiran Awam dari Institut Teknologi Mara, beliau berpengalaman kira-kira 31 tahun menguruskan perniagaan syarikat tempatan dan antarabangsa.

Beliau telah menubuhkan Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang yang mana beliau ialah Pengerusi. Beliau kini adalah juga ahli lembaga pengarah Lembaga Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Invest-in-Penang Berhad, Pelancongan Global Pulau Pinang dan Kolej Islam Antarabangsa Teknologi Pulau Pinang (KITAB).

Beliau ialah Pengerusi Majlis Syura Pulau Pinang, Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ahli Majlis Universiti Islam Malaysia, Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam, Ahli Majlis Halal Malaysia dan Ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam Malaysia (LEPAI).

Beliau juga Pengerusi Lembaga Industri Nanas Malaysia, Lembaga Zakat Pulau Pinang, Lembaga Wakaf Pulau Pinang dan Lembaga Kolej Islam Antarabangsa Teknologi Pulau Pinang (KITAB).

Beliau merupakan ahli tetap Majlis Halal Malaysia sejak 25 Februari 2019.