News

HDC sasar makanan, farmaseutikal halal jana pendapatan RM41.6 bilion

KUALA LUMPUR, 17 Mac Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) menyasarkan perkhidmatan

makanan dan farmaseutikal halal dapat menjana pendapatan masing-masing sebanyak RM40 billion dan RM1.6 bilion menjelang 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hairol Ariffein Sahari berkata sasaran itu ditetapkan menerusi pelaksanaan Pelan Induk Sektor Halal 2021 HDC.

Beliau ber kata, ekonomi halal tersebut juga berpotensi besar untuk mencatat pertumbuhan lebih ketara susulan permintaan di peringkat global yang tidak hanya dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (0IC), tetapi juga di negara serta benua yang sedang pesat membangun.

Menurutnya, dari segi kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR), perkhidmatan makanan halal tempatan dijangka mencatat pertumbuhan positif sebanyak 18 peratus manakala farmaseutikal pada 4.2 peratus menjelang 2025

Bagi tempoh sama, pendapatan hasil perkhidmatan makanan diunjur minimum RM40 bilion dan farmaseutikal pada RM1.6 bilion.

Selain itu, jumlah pekerjaan pula dijangka mencecah lebih 112,000 manakala eksport bernilai RM440 juta dengan pelaburan swasta berjumlah RM550 juta bagi kedua-dua sektor tersebut.

“Saya yakin Malaysia akan menjadi penyumbang utama dalam aspek penggunaan makanan dan produk halal di peringkat global” katanya pada majlis pelancaran pelan induk tersebut yang dijalankan secara maya pada Rabu.

Menerusi pelan itu, HDC telah mengenal pasti 11 sektor utama pertumbuhan termasuk perkhidmatan makanan dan farmaseutikal, bahan-bahan atau ramuan halal, pelancongan perubatan halal, kosmetik halal, logistik halal serta fesyen sederhana halal.

Menjelaskan selanjutnya, Hairol Ariffein berkata sejajar pembangunan pendekatan inklusif dan holistik bagi pengembangan industri itu, pihak berkepentingan yang mewakili sektor swasta dan awam turut dilibatkan untuk mendapatkan input masing-masing

Malah, katanya, lebih daripada 70 pihak berkepentingan dalam perkhidmatan makanan dan farmaseutikal telah dipelawa menghadiri dua bengkel strategik pada tempoh Ogos dan Oktober tahun lalu untuk berkongsi input penting seperti cabaran dan usaha intervensi yang diperlukan.

Beliau berkata menerusi konteks cabaran yang dihadapi,usaha intervensi bersasar turut dibangunkan bagi membantu menangani isu berkaitan yang disusuli dengan perincian pelan tindakan pelaksanaan, pencapaian serta pihak terbabit.

“Dalam perkhidmatan makanan misalnya, sebanyak enam bidang keberhasilan utama dengan tujuh inisiatif serta 17 intervensi telah dikenal pasti bagi menangani enam isu membabitkan sektor berkenaan.

“Farmaseutikal pula membabitkan empat bidang keberhasilan utama dengan enaminisiatif dan 21 intervensi bagi menangani lima isu berkaitan katanya.

Hairol Ariffein berkata, sejurus pemuktamadan pelan induk tersebut, HDC telah menubuh kan jawatankuasa kerja dikenli Kumpulan Kerja Sektor bagi farmaseutikal dan perkhidmatan makanan.

Kumpulan kerja yang dianggotai oleh kalangan pakar industry halal, berperanan sebagai penasihat dalam memastikan kemajuan pelaksanaan semua inisiatif berimpak tinggi sehingga 2025, katanya.

Sementara itu, majlis sama turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman antara Hairol Ariffein dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bagi pihak Jabatan Perangkaan Malaysia.

Usaha itu melibatkan kerjasama kedua-dua pihak bagi penghasilan Analisis dan Perkongsian Data Statistik Industri Halal Malaysia.

Menurut Hairol Arifein, ini merupakan data raya halal pertama dunia yang disah kan serta disokong oleh kerajaan, sekali gus membuka jalan bagi penghasilan lebih banyak petunjuk banci ekonomi yang tepat untuk industri halal.

 

Source : BERNAMA