Be part of the Global Halal Community. Join Now! | Download Centre

Sesi Padanan Perniagaan Bersama Pasaraya Besar Dan Peruncitan Halfest 2013

Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor

Tarikh : 3 Oktober 2013
Masa : 9.00 pagi -  6.00 petang
Tempat : Dewan Cemerlang 1, Pusat Pameran Mines (MIECC) Seri Kembangan, Selangor

Program ini merupakan program  sampingan HALFEST dibawah anjuran HDC yang bertujuan untuk memberi  peluang untuk mendapat maklumat dan bertemu dengan pembeli daripada pasaraya besar dan peruncitan.

Adalah dimaklumkan bahawa sesi padanan perniagaan kali ini terhad kepada  100 syarikat  sahaja  dimana syarikat yang menepati ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pasaraya besar sahaja akan disenarai pendek bagi sesi padanan perniagaan ini. Pihak HDC akan memaklumkan kepada semua  syarikat yang  telah mendaftar  ( borang pra-pendaftaran ) samada terpilih atau tidak untuk menyertai sesi padanan perniagaan ini.

Kepada yang berminat menghadiri  sesi padanan  perniagaan ini sila  mendaftar melalui borang  pra  pendaftaran seperti yang dilampirkan bagi tujuan pemilihan selewat-lewatnya pada  17 September 2013 (Dilanjutkan kepada 20 September 2013).

Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Roziah Ramly  (ext 592 ) / Encik Mior Azman (ext 440 ) ditalian 03-7965 5555.



 

hdcmygovMOFMEAJAKIM