visi
Maklumat Korporat
Tentang HDC

Halal Development Corporation adalah peneraju utama kepada pembangunan ekosistem dan infrastruktur halal yang bersepadu dan komprehensif bagi meletakkan Malaysia ke arah negara yang paling berdaya saing menerajui industri halal global.

Ditubuhkan pada 18 September 2006 dan dikenali dengan singkatan HDC, ia  merupakan penyelaras utama bagi menggalakkan penyertaan dan memudahkan pertumbuhan pemain industri dalam pembangunan ekosistem Halal Malaysia. Agensi pembangunan industri halal yang pertama disokong kerajaan di dunia, HDC berada di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam usahanya memperkukuhkan pembinaan ekosistem Halal Malaysia untuk memajukan pemain industrinya, HDC telah merubah Malaysia menjadi peneraju industri halal dunia melalui penciptaan peluang, pelaburan, perdagangan, pekerjaan, perkongsian maklumat dan pemindahan teknologi dalam ekosistem halal.

HDC sebagai tulang belakang kepada pelbagai aspek perkembangan dalam pasaran halal, Malaysia kini memiliki ekosistem halal yang pelbagai dan kompetitif yang menghubungkan Kerajaan, pemain industri dan para pengguna.

Halal bukan lagi mengenai agama; didorong oleh lebih 1.8 bilion populasi Islam global, industri Halal kini pesat berkembang menjadi satu gaya hidup.  Dan peningkatan jumlah pengguna halal daripada populasi bukan Islam di seluruh dunia telah meletakkan industri ini pada platform pertumbuhan yang eksponen.

Malaysia sebagai hab Halal global utama telah menyumbang sebanyak AS$10 bilion atau RM40 bilion produk halal kepada nilai eksport tahunan, iaitu kira-kira 4% daripada jumlah eksport negara. Jumlah ini jauh berbeza apabila dibandingkan dengan nilai industri Halal yang dijangka berjumlah AS$30.6 trilion, di mana hanya AS$7.7 trilion bakal disumbangkan oleh pengguna Islam pada dekad  akan datang.

Perbedaan ketara ini memberikan ruang potensi pertumbuhan yang besar untuk  HDC meluaskan rangkaian serta keterlibatan dalam prosesnya.  Dan pada masa yang sama, meningkatkan pemain industri halal, disamping mempertingkatkan pembangunan industri halal negara dalam memacu ekosistem ekonomi Islam dan agenda internalisasi.
raquel-martinez-SQM0sS0htzw-unsplash
medical services-01

Bagi menyelaraskan peranan HDC dengan Pelan Induk Industri Halal 2030, HDC telah meletakkan sasaran yang lebih tinggi untuk memacu pemain industri ke peringkat pertumbuhan seterusnya; memperkukuhkan ekosistem Halal Malaysia dengan mewujudkan persekitaran mesra perniagaan untuk menjadikannya lebih teguh bagi para pemain industri memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Dilengkapi dengan persekitaran yang kondusif bersama dasar dan inisiatif yang disokong  Kerajaan, Malaysia kini bersedia untuk membina ekosistem halal yang utuh dan saling berhubungan di peringkat serantau dan global, sekaligus memperkukuhkan kedudukannya sebagai nukleus industri halal global.

HDC sedang meningkatkan kecekapannya untuk ke perbatasan halal baharu dengan menceburi sektor bukan makanan seperti farmaseutikal, kosmetik dan penjagaan diri, logistik, perkhidmatan hospitaliti dan perkhidmatan perubatan bagi memenuhi permintaan Ekonomi Baharu.

Dengan memanfaatkan peluang sedia ada, HDC menawarkan kepakarannya dalam pembangunan standard halal; penjenamaan dan promosi; dan pembangunan komersil produk dan perkhidmatan halal, melalui: