Surat Khabar

HDC Santuni Maahad Tahfiz, Rumah Amal dalam Semangat Ukhwah Ramadan

PETALING JAYA, 20 Mei  — Halal Development Corporation (HDC) hari ini menghulurkan sumbangan kepada dua (2) organisasi iaitu Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia dan Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah. Dianggarkan seramai 80 anak-anak yatim dan pelajar Tahfiz menerima sumbangan sempena Ramadhan tahun ini.

Majlis serahan bantuan CSR Ramadhan berjumlah keseluruhan RM30,000.00 disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari diiringi oleh pegurusan kanan HDC. Pertubuhan Rahoma Darul Fakir telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Hjh. Faridah Hj. Omar Shah, manakala Encik Zaaba Zainal Abidin merangkap Pengetua Maahad Tahfiz Al-Falahiyyah telah mewakili sekolah tersebut.

“Saya mengambil kesempatan di dalam bulan Ramadhan ini untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil-wakil Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dan Maahad Tahfiz Al-Falayyah.

Program amal Ramadhan ini diadakan setiap tahun dan tahun ini ianya sejajar dengan konsep Pengurusan Polariti Golongan B40 di bawah Dasar Kemakmuran Bersama 2030, di mana setiap golongan tidak diketepikan di dalam pengagihan ekonomi yang adil,” kata Hairol.

Terdapat peluang yang amat besar dalam industri halal gobal dengan peluang pasaran dunia bernilai AS$3 trilion. Oleh itu saya menyeru agar anak-anak muda didedahkan dengan kesedaran industri halal sejak awal lagi.

Sehubungan dengan itu, selain dari sumbangan wang ringgit, HDC turut akan mengajurkan program Cilik Halal kepada pelajar-pelajar tersebut.

Program pembangunan bakat halal ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada mereka mengenai peluang pekerjaan di dalam industri yang dapat menjana ekonomi rakyat” ujar Hairol lagi.